Berusaha Menjauhkan Taqlid
Taqlid dari sudut bahasa ialah menggantung kalung di leher. Dari sudut agama taqlid ialah tindakan mengikuti suatu pendapat tanpa mengetahui dalil atau hujah di sebaliknya. Orang yang melakukan taqlid digelar muqallid. Rashid Rida rahimahullah menerangkan:
Taqlid ialah mengikuti pendapat orang yang dianggap terhormat atau terpercaya dalam masyarakat tentang suatu hukum syari‘at Islam tanpa memerhatikan benar atau salah, baik atau buruk, manfaat atau mudarat hukum yang diikuti tersebut.[1]
Flowchart: Document: Yang benar hukum taqlid bergantung kepada ke-mampuan individu.Dalam konteks bermazhab, taqlid bererti:
Mengikuti pendapat mazhab fiqh Islam atau ajaran berkenaan suatu mazhab fiqh tanpa mengetahui atau memahami dalil, hujah, alasan dan penerangan di sebaliknya.
Hukum Taqlid.
Di bab ini terdapat 3 pendapat:
Pertama: Haram bertaqlid. Taqlid hanya dibolehkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, tidak kepada sesama manusia setinggi mana sekalipun ilmunya.
Kedua: Wajib bertaqlid. Semua umat Islam wajib bertaqlid kepada salah seorang imam mujtahid kecuali mereka yang mencapai darjat kemampuan untuk berijtihad secara mutlak.
Ketiga: Hukum bertaqlid berbeza-beza bergantung kepada kemampuan setiap individu.
Pendapat yang benar:
Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu hukum taqlid bergantung kepada kemampuan individu. Kemampuan tersebut diukur dari dua sudut:
Pertama:
Kecerdasan akal untuk mengkaji dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah serta hujah para mujtahid sebelumnya.
Berdasarkan kajian tersebut dia mampu mengeluarkan pendapat yang tersendiri (mujtahid mustaqil) atau menguatkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedia ada (mujtahid murajjih) atau hanya sekadar mengetahui beberapa pendapat yang sedia ada, khasnya pendapat mazhab ikutannya (mujtahid musta’dil).
Sebaliknya jika dia tidak mampu mengkaji, maka dia hanya mengikut hasil kajian orang lain sambil memerhatikan dalil serta hujahnya (ittiba’) atau jika masih tidak mampu maka dia hanya mengambil pendapat orang tersebut (taqlid) tanpa memerhatikan dalil serta hujahnya.
Kedua:
Flowchart: Document: Bagi orang awam, jika dia ber-kemampuan untuk berijtihad dalam sebahagian masalah, maka dibolehkan baginya untuk berijtihad. Ini kerana ijtihad merupakan sesuatu yang boleh menerima pemecahan dan pembahagian (kepada tahap dan tingkatannya).Kemudahan fizikal seperti sihat anggota badan untuk bergerak mencari rujukan dan mengkajinya. Juga berkemudahan untuk melakukan rujukan seperti memiliki masa yang mencukupi, terdapat perpustakaan yang menyimpan koleksi rujukan ilmiah dengan jarak yang sewajarnya.
Berdasarkan kemudahan ini dia mampu melakukan kajian sebagai seorang mujtahid sesuai dengan tingkatan-tingkatannya (mustaqil, murajjih atau musta’dil) secara keseluruhannya atau pada bab dan permasalahan tertentu sahaja.
Sebaliknya jika dia tidak memiliki kemudahan di atas, memadai jika dia hanya mengikut hasil kajian orang lain sambil memerhatikan dalil serta hujahnya (ittiba’) sekadar yang dapat diperolehinya. Jika masih menghadapi kesukaran, memadailah dengan hanya mengambil pendapat orang tersebut (taqlid).
Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah berkenaan hukum taqlid:
Pendapat yang dipegang oleh kebanyakan imam ialah ijtihad dibolehkan dalam beberapa sudut dan taqlid dibolehkan dalam beberapa sudut yang lain. Mereka tidak mewajibkan ijtihad ke atas setiap individu dan mereka tidak mengharamkan taqlid. (Pada waktu yang sama) mereka tidak mewajibkan taqlid ke atas setiap individu dan mereka tidak mengharamkan ijtihad.
Ijtihad dibolehkan mengikut kadar kemampuan masing-masing untuk berijtihad dan taqlid dibolehkan bagi sesiapa yang tidak mampu berijtihad. (Timbul persoalan) adakah orang yang mampu berijtihad dibolehkan baginya untuk bertaqlid ? Dalam persoalan ini terdapat perbezaan pendapat. Yang benar ia dibolehkan, iaitu pada ketika seseorang tidak mampu berijtihad sama ada kerana dalil-dalil yang dimilikinya sama-sama kuat atau kerana kesuntukan waktu untuk berijtihad atau kerana tidak menemui dalilnya. Dalam suasana keuzuran di atas, gugur baginya kewajipan untuk berijtihad sekadar apa yang menjadi keuzuran baginya dan statusnya beralih kepada apa yang di sebaliknya, iaitu taqlid. Ini sebagaimana orang yang memiliki keuzuran untuk bersuci kerana ketiadaan air (maka dia bertayamum).
Dan demikianlah juga bagi orang awam, jika dia berkemampuan untuk berijtihad dalam sebahagian masalah, maka dibolehkan baginya untuk berijtihad. Ini kerana ijtihad merupakan sesuatu yang boleh menerima pemecahan dan pembahagian (kepada tahap dan tingkatannya). Maka yang penting ialah mampu atau tidak (untuk berijtihad). Boleh jadi seorang itu mampu berijtihad di dalam sebahagian masalah akan tetapi tidak mampu di dalam sebahagian masalah yang lain. Akan tetapi kemampuan untuk berijtihad tidak boleh terlepas daripada terlebih dahulu menguasai ilmu yang diperlukan untuk mencapai ijtihad. Adapun jika dia hanya menguasai satu masalah daripada satu bab (atau topik) maka masih jauh baginya untuk ijtihad dalam (bab tersebut).[2]
Analisa Pendapat:
Pertama: Analisa ke atas pendapat yang mengharamkan taqlid.
Pihak yang melarang taqlid beralasan dengan kata-kata para imam mazhab yang melarang ajaran mereka diikuti tanpa kajian dalil dan hujah. Antara kata-kata yang dimaksudkan ialah:
Perkataan al-Syafi‘e rahimahullah (menegur salah seorang anak muridnya):
Flowchart: Document: Sesungguhnya larangan ter-sebut hanyalah bagi para mujtahid agar tidak bertaqlid kepada mereka (para imam mazhab), bukan kepada ora-ng-orang yang belum men-capai darjat mujtahid.Hai Abu Ishaq, janganlah engkau mengikut begitu sahaja segala yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.[3]
Perkataan Abu Hanifah rahimahullah:
Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami (mazhab) jika mereka tidak tahu dari sumber mana kami memperolehinya.[4]
Perkataan Malik bin Anas rahimahullah:
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan.[5]
Perkataan Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu; dan janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta ![6]
Jawab:
Perkataan para imam sepertimana di atas atau apa-apa lain seumpama adalah benar akan tetapi jika dicermati secara mendalam, akan disedari bahawa ia hanya ditujukan kepada mereka yang berkemampuan dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal. Tidak semua orang dapat mencapai tuntutan para imam mazhab tersebut. Justeru berkata al-Zarkasyi rahimahullah:
Sesungguhnya larangan tersebut hanyalah bagi para mujtahid agar tidak bertaqlid kepada mereka (para imam mazhab), bukan kepada orang-orang yang belum mencapai darjat mujtahid.[7]
Maka bagi mereka yang berkemampuan, dilarang untuk bertaqlid kepada ajaran para imam mazhab melainkan mengkajinya sesuai dengan tahap dan tingkatan ilmu masing-masing. Bagi mereka yang tidak mampu, boleh bertaqlid dengan catitan berusaha sekuat mampu untuk mengikuti dalil dan hujah yang digunakan oleh imam mazhab ikutan mereka.
Kedua: Analisa ke atas pendapat yang mewajibkan taqlid.
Pihak yang mewajibkan taqlid kepada semua orang beralasan dengan ayat berikut:
Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. [al-Nahl 16:43]
Dengan ayat ini mereka berkata, kewajipan orang awam ialah bertanya dan kemudiannya bertaqlid kepada jawapan yang diberikan oleh orang yang berpengetahuan.
Jawab:
Flowchart: Document: Ilmu dan ijtihad adalah sesua-tu yang memiliki tahap dan tingkatannya.Orang awam se-kalipun tidak mencapai tahap mujtahid mustaqil, mereka ma-sih mampu mencapai tahap yang lebih rendah seperti mujtahid murajjih dan mujtahid musta’dil.Penggunaan ayat di atas bagi mewajibkan taqlid kepada semua orang kecuali para mujtahid mustaqil adalah tidak benar kerana dua sebab:
Pertama:
Ilmu dan ijtihad adalah sesuatu yang memiliki tahap dan tingkatannya. Orang awam sekalipun tidak mencapai tahap mujtahid mustaqil masih mampu untuk mencapai tahap yang lebih rendah seperti mujtahid murajjih dan mujtahid musta’dil.
Oleh itu tidak boleh mengeneralisasikan ayat di atas kepada semua orang awam kerana mereka terbahagi kepada beberapa tahap dan tingkatan untuk mengkaji dan berijtihad.
Kedua:
Taqlid adalah tindakan mengikut sesuatu pendapat agama tanpa memerhatikan dalil dan hujah di sebaliknya. Ayat di atas tidak bersifat menyokong taqlid kerana orang yang bertanya bakal menerima jawapan dalam dua bentuk:
1. Jawapan yang disertai dengan dalil dan hujah kemudian diikuti dengan kesimpulan hukumnya dan
2. Jawapan yang tidak disertai dengan dalil dan hujah tetapi hanya kesimpulan hukum seperti “Itu haram”, “Ini sunat” dan sebagainya.
Flowchart: Document: Kami tidak mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama’ kepada orang awam yang meminta fatwa akan tetapi yang kami ing-kari ialah penetapan fatwa tanpa bukti keterangan ya-ng mendukunginya, tanpa rujukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.Berpegang kepada bentuk jawapan yang pertama disebut ittiba’ manakala berpegang kepada bentuk jawapan yang kedua disebut taqlid. Oleh itu sekali lagi, tidak boleh mengeneralisasikan ayat di atas kepada bertaqlid sahaja. Malah kesimpulan yang lebih tepat terhadap ayat 43 surah al-Nahl di atas adalah menjauhkan diri daripada menerima jawapan dalam bentuk bertaqlid. Ibn Hazm rahimahullah menerangkan sebabnya:
Kami tidak mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama’ kepada orang awam yang meminta fatwa akan tetapi yang kami ingkari ialah penetapan fatwa tanpa bukti keterangan yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah kerana yang demikian itu berkemungkinan menimbulkan ikutan kepada pendapat yang silap.
Jika pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sudah wujud orang yang memberi fatwa yang silap maka sudah tentu selepas kewafatan baginda berlaku lebih banyak kesilapan dalam konteks yang lebih luas. Oleh itu kita harus menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang tidak menyandarkannya kepada dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijma’.[8]
Kepentingan meninggalkan sikap taqlid.
Terdapat beberapa sebab penting umat Islam harus berusaha menjauhkan sikap taqlid. Antaranya:
· Taqlid menghilangkan keindahan Islam dan keyakinan ibadah. Seorang muqallid tidak merasai keindahan agama yang dianutinya dan jauh sekali daripada merasai kepuasan dalam beramal ibadah. Wahbah al-Zuhaili berkata:
Mengetahui hukum syara' di bidang fiqh tanpa dalil dan hujah tidak akan menimbulkan kepuasan fikiran dan kenikmatan jiwa serta tidak akan melahirkan ketenangan kepada mereka yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu.
Dengan kata lain ilmu yang disertakan dengan dalil akan mengeluarkan seseorang daripada ikatan taqlid buta yang dicela oleh al-Qur'an kepada ikutan dalam keadaan sedar dan mengetahui seperti yang disyaratkan oleh imam-imam yang kita terima ilmu pengetahuan daripada mereka.
Selain itu, dalil dan hujah merupakan roh kepada fiqh. Mempelajarinya adalah menjadi latihan dan pendidikan akal serta dapat memupuk bakat orang yang mempunyai ilmu di dalam bidang ini.[9]
· Bertaqlid menjatuhkan manusia ke tahap yang sangat rendah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala membezakan antara manusia dan haiwan dengan kurniaan akal sebagai satu alat yang menganalisa, mengkaji dan berfikir. Apabila manusia menolak penggunaan akal dengan bertaqlid, dia menolak satu-satunya ciri khas yang membezakannya dengan haiwan. Kata-kata al-Sya’rani rahimahullah menjelaskan lagi hakikat ini:
Sikap menyerah kepada pendapat para imam mujtahid adalah tindakan kelas orang yang paling rendah padahal yang saya (al-Sya'rani) menghendaki dengan kitab ini adalah apa yang melebihi daripada itu. Seorang muqallid harus tahu bagaimana imam yang diikutinya memahami suatu ayat atau hadis dan bagaimana cara imam tersebut mengambil hukum dari sumber pokoknya.[10]
· Taqlid menimbulkan sikap taksub mazhab kerana orang yang bertaqlid kepada satu mazhab, maka mazhab itu menjadi keyakinan dirinya sendiri. Sukar untuk dia melepaskan mazhabnya kerana dia tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah berbanding dengan mazhab atau pendapat yang lain.
Sebaliknya yang yang sentiasa mengkaji ajaran mazhab akan memiliki sikap terbuka lagi toleran kerana dia sedia mengetahui kewujudan perbezaan pendapat di antara mazhab.
· Taqlid menyebabkan para pengikut mazhab tidak dapat membezakan antara ajaran asli mazhabnya dan ajaran adat tradisi yang telah bercampur aduk. Sebagai contoh, umat Islam Malaysia umumnya mengakui bahawa apa yang mereka amalkan adalah Mazhab al-Syafi‘e padahal yang benar kebanyakannya ialah percampuran antara Mazhab al-Syafi‘e dan adat tradisi tempatan.
Flowchart: Document: Sesiapa yang melazimkan di-rinya membaca kitab-kitab hadis akan mendapati Rasul-ullah s.a.w. apabila mengajar atau menjawab apa-apa per-soalan daripada para saha-bat, baginda akan berusaha memberikan penjelasan yang lengkap agar mereka dapat mengetahuinya dengan penuh keyakinan. Tidak sekali-kali baginda beramal dengan kae-dah taqlidSesiapa yang melazimkan dirinya membaca kitab-kitab hadis akan mendapati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengajar atau menjawab apa-apa persoalan daripada para sahabat, baginda akan berusaha memberikan penjelasan yang lengkap agar mereka dapat mengetahuinya dengan penuh keyakinan. Tidak sekali-kali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghuraikan permasalahan agama dengan kaedah taqlid umpama: “Itu wajib, ini haram; itu sunat, ini makruh dan yang selainnya harus” sebagaimana yang lazim berlaku hari ini.
Salah seorang sahabat bernama ‘Abd Allah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh pernah menerangkan cara dia dan para sahabat lainnya belajar al-Qur'an dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Biasanya seseorang di antara kami para sahabat jika belajar sepuluh ayat (dari al-Qur'an) tidak akan melebihinya sehingga kami mengerti benar ertinya dan cara melaksanakannya.
Cara seperti ini dicontohi oleh genarasi selepas mereka sebagaimana yang diceritakan oleh Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami:
Kami diberitahu oleh guru-guru yang mengajar al-Qur'an bahawa mereka dahulu belajar al-Qur'an dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sepuluh ayat, maka tidak akan diminta tambah kecuali sesudah diamalkan dan disesuaikan diri dengan tuntutan ayat tersebut.[11]
Beberapa langkah untuk menjauhi taqlid.
Memandangkan taqlid sudah menjadi satu kelaziman umat Islam tanah air, berikut disenaraikan beberapa langkah untuk menjauhi taqlid:
· Menetapkan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap individu muslim. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.[12] Bertaqlid tidak termasuk di dalam kategori menuntut ilmu melainkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal.
· Menetapkan keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu agama adalah mudah sebagaimana menuntut ilmu-ilmu yang lain. Lebih dari itu sesiapa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu atas tujuan memperbaiki agamanya, maka dia akan dipimpin oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
· Lazimkan diri untuk menghadiri kuliah agama dan membaca buku yang bersifat ilmiah. Pasti setiap pendapat yang dikemukakan disandarkan kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah diikuti dengan hujah tokoh yang muktabar. Jauhilah kuliah atau buku agama yang hanya membicarakan agama tanpa dalil dan hujah.
· Memberi perhatian dan keutamaan kepada para ustaz dan ustazah yang “junior”. Alhamdulillah, negara kita memiliki ramai graduan tempatan mahupun luar negara dalam jurusan agama yang mampu menyampaikan ilmu dengan menjauhi kaedah taqlid. Akan tetapi mereka tidak diberi perhatian yang sewajar oleh masyarakat sebagai sumber rujukan ilmu semata-mata kerana umur mereka yang agak muda.
· Berdoa kepada Allah agar diberi kecerdasan akal dan kemudahan fizikal untuk menuntut ilmu sebagaimana firman-Nya:
“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” [Taha 20:114]
^Kembali Ke Atas
Kata Penutup
[1] Ensiklopidi Islam – Taqlid.
Syaikh Rashid Rida ialah seorang ulama' pembaharu dan pembangun Islam yang terkemuka bagi umat Islam akhir zaman. Beliau lahir di Mesir pada 1281H/1865M dan sempat merantau ke beberapa negara Islam yang lain bagi mencari pengalaman dan meluaskan fikiran. Rashid Rida banyak memberikan tumpuan kepada membangkitkan semula ilmu dan sekaligus umat Islam selari dengan peredaran dunia. Bagi beliau, bukan Islam yang memundurkan umat tetapi umat yang memundurkan Islam. Beliau meninggal dunia pada 1353H/1935M.
[2] Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 202-204.
[3] Riwayat al-Sya’rani di dalam al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 192-193.
[4] Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam al-Intiqa’ fi Fadha’il al-Tsalatsah al-A’immah, ms. 145 (The Prophet’s Prayer Described, ms. viii).
[5] Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.
[6] Riwayat al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 36
[7] al-Bahr al-Muhith, jld 8, ms. 328.
[8] Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076 sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Luwaihiq di dalam bukunya Ghuluw: Benalu di dalam Berislam (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi; Darul Falah, Jakarta 2003), ms. 301-302.
[9] Fiqh dan Perundangan Islam, jld. 1, ms. xliv.
[10] al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 36.
[11] Kedua-dua riwayat diutarakan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsir al-Qur'an al-Adzim (edisi terjemahan oleh Salim dan Said Bahreisy; Victory Agencie, K.Lumpur 1988), jld. 1, ms. xviii.
[12] Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami’ al-Shagheir – no: 3913.
ini adalah sebuah Blog yang didalamnya memuat makalah-makalah tentang pendidikan dan juga pengetahuan tentang agama.
Sabtu, 21 Juni 2008
Memilih-milih Antara Mazhab
Memilih-milih Antara Mazhab
Di akhir Bab 9 telah dinukil kata-kata Ibn al-Shalah dan Ibn Taimiyyah yang membolehkan seseorang itu, sekalipun dia bukan seorang mujtahid untuk mengikuti hadis sahih yang ditemuinya dan meninggalkan pendapat imam mazhab ikutannya. Dia juga boleh mengikut pendapat imam mazhab yang lain jika hadis sahih yang ditemuinya itu merupakan pendapat imam tersebut. Subjek ini dibahas dengan lebih terperinci di dalam Bab 10 dengan contoh meninggalkan pendapat al-Syafi‘e kepada pendapat al-Syaukani dalam hukum berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung ketika berwudhu’.
Soalan yang timbul di sini adalah: Bolehkan seseorang itu dalam sebahagian masalah mengikut pendapat mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah lain mengikut mazhab yang lain ? Bolehkan dia memilih-milih dan mencampur-aduk antara beberapa mazhab fiqh Islam ?
Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut bahasa talfiq bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan untuk suatu berita atau cerita.
Ensiklopidi Islam menerangkan beberapa maksud talfiq dalam konteks mazhab-mazhab fiqh Islam:
1. Menurut istilah para ahli fiqh, talfiq ialah mengikuti suatu hukum tentang suatu peristiwa dengan mengambilnya dari pelbagai mazhab.
2. Talfiq juga adalah sebutan bagi seseorang yang dalam beribadah mengikuti salah satu pendapat dari mazhab yang empat atau mazhab lain yang popular tetapi ia mengikuti pula mazhab yang lain dalam hal yang pokok atau salah satu bahagian tertentu.
3. Ada juga ulama' yang mendefinisikan talfiq sebagai mengikuti atau bertaqlid kepada dua atau lebih imam mujtahid dalam melaksanakan suatu amal ibadah sedangkan kedua-dua imam yang bersangkutan tidak mengakui sahnya amal ibadah tersebut kerana tidak sesuai dengan pendapat mereka masing-masing.
4. Ada juga yang mendefinisikan talfiq dengan beramal dalam suatu masalah menurut hukum yang merupakan gabungan dari dua mazhab atau lebih atau menentukan hukum suatu peristiwa berdasarkan pendapat pelbagai mazhab. [1]
Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang hukum talfiq:
Pertama: Tidak boleh melakukan talfiq. Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab sahaja.
Kedua: Dibolehkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh melakukan talfiq dalam kehidupan harian.
Ketiga: Dibolehkan talfiq dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana terdesak atau berkeperluan.
Pendapat yang benar dan sebab-sebabnya:
Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu boleh melakukan talfiq di dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana darurat atau terdesak. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat Islam ialah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab-mazhab. Peranan mazhab ialah memudahkan orang awam untuk mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru mengikuti salah satu mazhab atau kedua-duanya atau kesemuanya tetap akan membawa seseorang kepada ketaatan al-Qur’an dan al-Sunnah.
2. Flowchart: Document: Memilih-milih antara aja-ran mazhab (talfiq) tidak boleh dilakukan semata-mata atas alasan mencari yang mudah kerana ini bererti meremehkan agama yang akhirnya akan me-nyebabkan dia terkeluar daripada syari‘at Islam.Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab Hanafi, Maliki, al-Syafi‘e dan Hanbali adalah berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mengikuti salah satu daripadanya atau kedua-duanya atau kesemuanya tidak mengeluarkan seseorang itu daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
3. Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, tidak ada satu yang lebih betul daripada yang lain dan tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang lain.
4. Jika dikaji sejarah kelahiran mazhab-mazhab fiqh Islam, tujuan asal para imam mazhab ialah menyampai dan memudahkan pengajian ilmu kepada orang ramai. Orang ramai boleh memilih daripada siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut tanpa terbatas kepada seorang imam sahaja.
5. Jauh sekali daripada tujuan asal para imam mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah melarang murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran mazhab yang lain.
6. Para tabi‘in, iaitu generasi umat yang menyusul sesudah generasi sahabat, sering kali menjadikan ijtihad para sahabat sebagai ikutan di samping al-Qur’an dan al-Sunnah. Kebanyakan sahabat adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad di dalam persoalan-persoalan yang baru timbul pada zaman mereka yang tidak disentuh secara terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Hasil ijtihad para sahabat digelar sebagai mazhab mereka, justeru wujud pada zaman tersebut Mazhab Ibn ‘Abbas, Mazhab Ibn Mas‘ud, Mazhab Ibn ‘Umar, Mazhab Hudzaifah bin Yaman, Mazhab ‘Ali bin Abi Thalib, Mazhab A’isyah dan puluhan lagi. Para tabi‘in tidak pernah membataskan ikutan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja dan para sahabat juga tidak pernah membataskan para tabi‘in untuk mengikuti mazhab mereka sahaja. Setiap orang bebas melakukan talfiq kepada mana-mana mazhab para sahabat.[2]
7. Para imam mazhab sendiri selain daripada merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, juga merujuk kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para imam mazhab, tidak pernah membataskan rujukan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja.
Analisa Pendapat.
Pihak yang melarang talfiq sebenarnya tidak memiliki apa-apa dalil atau hujah kecuali sangkaan dan imaginasi mereka sahaja. Bagaimana mungkin dilarang talfiq padahal al-Qur’an dan al-Sunnah tidak pernah melarangnya ? Sidang penyusun Ensiklopidi Hukum Islam menulis:
Tidak ada satu nas al-Qur’an atau Hadis yang menyatakan bahawa talfiq dilarang. Di samping itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika berhadapan dengan dua pilihan yang dibenarkan agama selalu memilih yang paling mudah dan ringan (HR-Bukhari, Tirmizi dan Malik).
Hal ini sejalan dengan dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam surah al-Baqarah 02, ayat 185 yang ertinya Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu. Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Maksud surah al-Hajj 22, ayat 78).[3]
Pihak yang melarang talfiq dalam ertikata yang lain mewajibkan umat Islam mengikuti satu mazhab tertentu sahaja. Ini adalah satu kewajipan yang tertolak. Sa‘id Ramadhan al-Buti menetapkan:
Permasalahan yang tidak diperselisihkan …… (ialah) tidaklah menjadi suatu kewajipan bagi seorang muqallid (pengikut mazhab) untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu dan tidaklah menjadi suatu keharaman baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu juga, telah menjadi kesepakatan kaum muslimin bahawa seorang muqallid dapat memilih dan mengikuti salah satu imam mujtahid jika diyakini tentang kebenaran mazhab-mazhab mereka dan pendapat-pendapatnya, seperti seorang yang berpindah-pindah kepada salah satu daripada empat imam mazhab.
Maka seandainya sekarang ada yang melarang untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk ke dalam kategori fanatik yang menyesatkan yang telah menjadi kesepakatan kaum muslimin untuk meniadakannya (tiada dalil untuk mengharamkan).
Suatu yang harus diketahui oleh seorang peneliti, tidak ada perselisihan bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab sahaja atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Ertinya, tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, demikian juga tidak ada larangan untuk terikat kepada salah satu mazhab (sahaja).[4]
Senafas dengan ini ialah ulasan Yusuf al-Qaradhawi:
Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui bahawa taqlid seorang awam kepada salah seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah dan darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama’ kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya.
Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama’ yang mudah dihubunginya berkenaan sesuatu masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada imam yang lain.
Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka pada abad-abad terbaik umat ini. Allah telah menghindari mereka daripada praktik taqlid yang tercela ini (iaitu terbatas kepada satu imam atau mazhab sahaja).
Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh Allah Ta‘ala, iaitu bertanya kepada mana-mana ulama’ yang mereka kehendaki. Juga sebaiknya untuk mereka dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu.[5]
Lama sebelum itu Ibn Taimiyyah rahimahullah telah berkata:
Sesungguhnya yang diwajibkan ke atas manusia hanyalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta Ulil Amri yang diperintahkan ketaatan kepada mereka oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
(
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri” dari kalangan kamu. [al-Nisa’ 4:59]
Namun kewajipan untuk taat kepada mereka (Ulil Amri) hendaklah selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa boleh terbebas dari itu sebagaimana firman Allah seterusnya:
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa 4:59]
Oleh itu apabila seorang Muslim menghadapi masalah maka hendaklah dia meminta fatwa daripada orang yang diyakininya akan berfatwa berdasarkan syari‘at Allah dan Rasul-Nya tanpa mengira daripada mana-mana mazhab sekalipun. Tidak diwajibkan ke atas seorang jua daripada kaum muslimin ini untuk bertaqlid kepada seorang tokoh tertentu daripada kalangan para ilmuan dalam setiap apa yang diperkatakan. Tidak diwajibkan juga ke atas seorang jua daripada kaum muslimin ini untuk membataskan dirinya kepada mazhab tokoh tertentu sahaja selain daripada mazhab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam setiap apa yang diwajibkan dan yang dikhabarkan dengannya. Ini kerana setiap manusia boleh diambil atau ditinggalkan perkataannya melainkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Seseorang yang mengikut mazhab tertentu disebabkan dia tidak mampu untuk mengetahui hukum syari‘at selain daripada tempatnya,[6] maka apa yang dilakukannya itu termasuk tindakan yang dibolehkan kepadanya. Ia tidak termasuk sebagai satu kewajipan (sebagaimana yang diwajibkan) ke atas setiap orang yang mampu mengetahui hukum syari‘at daripada metode dan kemudahan yang lain.[7]
Sebenarnya (yang diwajibkan) ke atas setiap individu ialah dia bertaqwa kepada Allah sesuai dengan kesanggupan dia dan menuntut ilmu tentang apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada dia lalu dilaksanakan apa yang diperintahkan dan ditinggalkan apa yang dilarang (tanpa terbatas kepada perintah dan larangan yang disampaikan oleh seorang tokoh atau satu mazhab sahaja).[8]
Demikian juga, pihak yang mensyaratkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan sebenarnya hanya berfikir dalam skala yang kecil seperti status wudhu’ ketika tawaf di Baitullah dan membayar zakat fitrah pada bulan Ramadhan. Padahal jika benar faktor “terdesak” dan “berkeperluan” merupakan syarat yang membolehkan talfiq, ia seharusnya dilaksanakan dalam skala yang lebih luas demi kesatuan umat, toleransi hukum dan dinamisme fiqh. ‘Abd al-Rahman I. Doi menulis:
Takhayyur dalam bahasa fiqh bermaksud kebebasan seorang Muslim untuk mengikuti ajaran mana-mana empat Mazhab Islam yang sedia ada. Berlawanan bagi konsep takhayyur ialah taqlid, iaitu mentaati secara buta ajaran sesuatu mazhab tempat asal kelahiran seseorang itu. Dalam ertikata lain, seorang yang lahir di bumi Hanafi wajib bermazhab Hanafi sahaja dan seorang yang lahir di bumi Maliki wajib bermazhab Maliki sahaja. Apabila sahaja seseorang itu melakukan sesuatu yang yang diluar dari lingkungan mazhab asalnya, kebiasaannya akan timbul suasana kekecohan dan orang mula menggelarnya sebagai Ghair Muqallid, iaitu tiada ikutan / unorthodox.
Flowchart: Document: Apabila seseorang pe-ngikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘e atau Ahmad lalu ia melihat dalam sebahagian masalah mazhab yang lain ter-nyata lebih kuat lalu dia mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya.Konsep takhayyur bukanlah sesuatu yang baru. Yang pertama, tidak wujud sebarang mazhab-mazhab pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, empat Khalifah al-Rashidun dan para tabi‘in. (Yang kedua), malah para imam mazhab sendiri saling menyayangi antara satu sama lain dan menerima perbezaan pendapat sesama mereka dengan terbuka.
Maka oleh itu dengan sebab apakah konsep takhayyur tidak boleh diamalkan dalam umat Islam masa kini ? Sebagaimana kita tidak menggelar generasi awal umat Islam sebagai ‘ghair muqallid’, kita juga tiada punya hak untuk menggelar umat Islam masa kini yang mengamalkan konsep takhayyur sebagai ghair muqallid (tiada ikutan).
Jika konsep takhayyur dapat dijayakan, syari‘ah Islam akan lebih mudah diterima dan dipraktikkan di seluruh dunia. Jurang perbezaan dapat dirapatkan dan dengan itu konsep takhayyur dapat mewujudkan banyak keutamaan serta kelebihan kepada umat.
Keberhasilan takhayyur akan memberikan suasana harmoni dan kemudahan terhadap proses keadilan fiqh Islam kerana sememangnya pada hakikat kebenaran, setiap imam-imam mazhab pada asalnya tidak mempunyai sebarang tujuan lain kecuali kebaikan dan kebajikan umat. Justeru konsep takhayyur akan mengarah kepada konsep talfiq, iaitu mencampur dan menyelaraskan antara beberapa ajaran dan pendapat mazhab asalkan ia tidak terkeluar daripada batas-batas ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Takhayyur dan talfiq akhirnya akan dapat membawa kepada keperluan reform dan pembaharuan dunia Islam masa kini.[9]
Orang yang melakukan talfiq di mana dalam sebahagian masalah dia mengikut mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah yang lain dia mengikut satu atau lebih mazhab yang lain kerana kekuatan hujah mereka, dia tidak boleh dikritik sebagai seorang yang “tidak tentu hala”, “tiada mazhab” atau apa-apa kritikan lain yang bersifat negatif. Sepatutnya tindakan dia dipandang positif kerana sanggup melakukan analisa dan kajian untuk mengikut pendapat yang terkuat berdasarkan neraca ilmunya. Ibn Taimiyyah rahimahullah mengulas hal ini secara panjang lebar:
Apabila seseorang pengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘e atau Ahmad lalu ia melihat dalam sebahagian masalah mazhab yang lain ternyata lebih kuat lalu dia mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya.
Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan lebih dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, shallallahu 'alaihi wasallam berbanding seseorang yang taksub kepada tokoh tertentu selain Nabi,[10] seperti orang yang taksub kepada Malik atau al-Syafi‘e atau Ahmad atau Abu Hanifah serta menganggap pendapat tokoh tersebut adalah yang benar yang mesti diikuti dan tidak boleh mengikut pendapat imam yang berbeza (pendapat) dengannya.
Sesiapa yang melakukan sedemikian, dia adalah orang yang jahil, sesat bahkan mungkin menjadi kafir. Ini kerana jika dia mati dalam suasana beriktikad (berkeyakinan) bahawasanya wajib ke atas manusia untuk mengikuti seseorang tokoh tertentu di antara para imam serta menyisihkan imam-imam yang lain, maka dia wajib disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat maka dia boleh dibunuh.[11]
Apa yang boleh dikatakan dalam masalah ini ialah: Orang awam boleh atau sebaiknya atau sewajibnya[12] mengikuti seseorang tokoh tanpa membatasi kepada tokoh tertentu seperti si Zaid atau si Umar. Adapun orang yang berkata seluruh manusia wajib mengikuti si fulan si-fulan maka ini bukanlah perkataan yang berasal daripada orang Muslim.
Barangsiapa yang mendokong para imam dan mencintai mereka dengan mengikuti setiap seorang daripada mereka dalam masalah yang nampak baginya sehaluan dengan sunnah maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Bahkan sikap sebegini lebih baik daripada sikap selainnya dan tidak boleh dikatakan kepada dia orang yang “tidak tentu hala” sebagai satu bentuk sindiran yang negatif.[13]
Para imam agama, mereka berada di atas manhaj para sahabat, radhiallahu 'alaihim ajma‘in, yaitu bersatu padu dan bersepakat. Sekalipun mereka berbeza pendapat di dalam sebahagian hal furu’ di dalam syari‘at seperti thaharah, solat, haji, hukum talaq, faraid atau selainnya, kesepakatan mereka tetap menjadi hujah yang benar.
Maka sesiapa yang taksub kepada salah seorang tokoh daripada kalangan para imam dengan menyisihkan yang selainnya, maka dia seumpama golongan Rafidhah[14] yang taksub kepada kepada ‘Ali (bin Abi Thalib) dengan menyisihkan para khulafa’ yang tiga (Abu Bakar, Umar & ‘Utsman) serta majoriti sahabat. Dia juga seumpama golongan Khawarij[15] yang mengecam ‘Utsman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma. Maka yang demikian merupakan jalan Ahl al-Bid‘ah dan Ahl al-Ahwa’ (orang yang mempertuhankan hawa nafsu) yang telah sabit di dalam al-Kitab dan al-Sunnah serta Ijma’ sebagai orang yang tercela. Mereka terkeluar daripada syari‘at dan manhaj yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru sesiapa yang taksub kepada salah seorang imam maka dia sama seperti mereka, sama ada dia taksub kepada Malik atau al-Syafi‘e atau Abu Hanifah atau Ahmad atau selain mereka.
Seburuk-buruk akibat bagi orang yang taksub kepada salah seorang imam mazhab ialah dia menjadi jahil akan kemampuannya di dalam ilmu dan agama serta tidak tahu akan kemampuan orang lain sehingga akhirnya dia menzalimi diri sendiri dengan kejahilan tersebut. Padahal Allah menyuruh kepada sifat berilmu dan adil dan melarang daripada sifat jahil dan zalim. Firman Allah Ta‘ala:
Dan manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan kejahilan. Akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:72-73]
Flowchart: Document: Seburuk-buruk akibat bagi orang yang taksub kepada salah seorang imam mazhab ialah dia menjadi jahil akan kemampuannya di dalam ilmu dan agama serta tidak tahu akan kemampuan ora-ng lain sehingga akhirnya dia menzalimi diri sendiri dengan kejahilan tersebut.Abu Yusuf dan Muhammad (bin Hasan al-Syaibani) ialah dua orang pengikut setia Abu Hanifah, bahkan termasuk orang yang paling mengetahui pendapatnya (Mazhab Abu Hanifah) di kalangan orang ramai akan tetapi kedua-dua mereka seringkali tidak sependapat dengan Abu Hanifah dalam banyak hal terutamanya apabila mereka menemui dalil daripada al-Sunnah dan hujah yang menjadi wajib ke atas mereka untuk mengikutinya. Sekalipun demikian kedua mereka tetap menghormati imam mereka (Abu Hanifah) dan ini tidak boleh dikatakan sebagai “tidak tentu hala”.
Abu Hanifah dan para imam yang lain (apabila pada awalnya) mengemukakan satu pendapat lalu kemudian mereka menemui hujah lain yang berbeza dengan (pendapat yang awal), maka mereka akan berpendapat dengannya (pendapat yang baru). Tidak dikatakan kepada mereka sebagai “tidak tentu hala.”
Ini kerana manusia sememangnya sentiasa berada di dalam suasana pencarian ilmu dan iman, maka ketika jelas kepada dia satu ilmu yang sebelum itu terselindung daripadanya, dia akan mengikutinya dan ini tidak digelar sebagai “tidak tentu hala.” Malah sebaliknya, orang yang mencari petunjuk Allah akan diberi tambahan petunjuk oleh-Nya. Firman Allah Ta‘ala:
“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” [Taha 20:114]
Kewajipan setiap mukmin ialah membantu setiap mukmin yang lain dan para ulama’, mencari kebenaran dan mengikutinya di mana jua mereka menemuinya. Dan perlu diketahui bahawa sesiapa yang berijtihad di kalangan mereka (para imam) dan ia benar maka baginya dua pahala manakala sesiapa yang berijtihad di kalangan mereka lalu tersilap maka baginya satu pahala kerana usaha ijtihadnya dan kesilapannya itu dimaafkan.
Termasuk kewajipan ke atas setiap mukmin ialah mereka mengikuti imam mereka selagi mana mereka melakukan apa yang selari dengan syari‘at. Ini kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesungguhnya diangkat seorang imam hanya untuk diikuti.[16]
Sama ada imam mengangkat tangannya atau tidak mengangkat tangannya (ketika solat) ia tidaklah merosakkan solat mereka atau membatalkannya. Tidaklah di sisi Abu Hanifah mahupun al-Syafi‘e, Malik dan Ahmad, jika imam mengangkat tangan (ketika solat) dan makmum tidak mengangkat tangan, atau yang sebaliknya, bahawa ia merosakkan solat seorang jua daripada mereka. Demikian juga, jika seorang itu mengangkat tangan pada sebahagian waktu kemudian tidak mengangkatnya pada sebahagian waktu yang lain, ia tidaklah merosakkan solatnya.
Flowchart: Document: Maka sesiapa yang me-lafazkan iqamah secara genap maka ia adalah baik dan sesiapa yang melafazkan iqamah se-cara tunggal maka ia adalah baik juga. Se-baliknya sesiapa yang mewajibkan salah satu bentuk iqamah (tunggal atau genap) dan meng-haramkan yang bentuk lain maka dia telah salah lagi tersesat.Oleh itu tidak boleh bagi seseorang itu mengambil pendapat sebahagian ulama’ dan mewajibkan ikutan kepadanya serta melarang pendapat yang lain selagi mana ia (pendapat yang lain itu) selari dengan sunnah. Bahkan (tidak boleh melarang) setiap pendapat yang selari dengan sunnah yang amat luas ini, seperti permasalahan azan dan iqamah: telah sabit di dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda menyuruh Bilal (bin Rabah) melafazkan azan secara genap dan iqamah secara tunggal. Namun sabit juga di dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim bahawa baginda mengajar Abu Mahzurah melafazkan iqamah secara genap sepertimana azan.
Maka sesiapa yang melafazkan iqamah secara genap maka ia adalah baik dan sesiapa yang melafazkan iqamah secara tunggal maka ia adalah baik juga. Sebaliknya sesiapa yang mewajibkan salah satu bentuk iqamah (tunggal atau genap) dan mengharamkan yang bentuk lain maka dia telah salah lagi tersesat. Demikian juga, sesiapa yang mendukung orang yang melakukan salah satu bentuk iqamah dan melarang yang lain maka dia telah salah lagi tersesat.
……… Bab ini sebenarnya adalah ringan lagi mudah sehingga tidak memerlukan fatwa berkenaannya. Ini kerana berpegang teguh dengan jamaah dan persatuan umat termasuk dalam salah satu prinsip asas agama sedangkan hal-hal yang diperselisihkan (perbezaan pendapat di dalam mazhab) tidak lebih hanyalah perkara cabang yang ringan. Oleh itu kenapakah prinsip jamaah dan kesatuan umat dirosakkan hanya semata-mata kerana ingin memelihara sesuatu yang cabang ? [17]
Dua Catitan Penting:
Pertama:
Memilih-milih antara ajaran mazhab (talfiq) tidak boleh dilakukan semata-mata atas Flowchart: Document: Orang yang melakukan talfiq kerana mencari kemudahan hukum tidak akan berpuas hati dengan kemudahan yang dite-muinya lalu dia terus mencari-cari sehingga akhirnya dia me-nemui pendapat termudah yang sebenarnya terletak di luar syari‘at Islam.alasan mencari yang mudah kerana ini bererti meremehkan agama yang akhirnya akan menyebabkan dia terkeluar daripada syari‘at Islam. Ini kerana orang yang mencari kemudahan hukum adalah mereka yang ingin memuaskan kehendak nafsunya padahal nafsu adalah sesuatu yang tidak pernah berpuas hati apabila kehendaknya dituruti. Oleh itu orang yang melakukan talfiq kerana mencari kemudahan hukum tidak akan berpuas hati dengan kemudahan yang ditemuinya lalu dia terus mencari-cari sehingga akhirnya dia menemui pendapat termudah yang sebenarnya terletak di luar syari‘at Islam.
Contohnya ialah orang yang mencari-cari mazhab yang paling mudah dalam konteks hukum dan syarat pembayaran zakat tahunan. Dia akan terus mencari yang termudah sehingga akhirnya menemui pendapat aliran modernis yang mengatakan zakat tidak lain adalah cukai yang biasa dikenakan oleh pihak pemerintah. Maka dia mengikut pendapat aliran modernis ini yang sebenarnya sudah jelas terkeluar daripada syari ‘at Islam.
Orang yang hendak melakukan talfiq dengan mengikuti satu atau lebih pendapat yang berada di luar mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa syarat berikut:
1. Hendaklah dipastikan bahawa pendapat yang bakal diikutnya itu benar-benar berasal daripada salah seorang imam mujtahid atau tokoh yang muktabar.
2. Berdasarkan kemampuan masing-masing, pendapat yang bakal diikuti itu adalah berdasarkan kajian dan analisa ilmiah agar ia menjadi pegangannya yang yakin lagi mententeramkan hati.
3. Jika pendapat yang bakal diikuti itu pada zahirnya bersifat lebih mudah, dibolehkan mengikutinya dengan tujuan menambah imannya, meneguhkan taqwanya dan meningkatkan amalnya dalam rangka mentaati dan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Flowchart: Document: Jika pendapat yang bakal diikuti itu pada zahirnya bersifat lebih mudah, dibolehkan me-ngikutinya dengan tuju-an menambah imannya, meneguhkan taqwanya dan meningkatkan amalnya dalam rangka mentaati dan meng-hampirkan diri kepada Allah.
Kedua:
Tidak boleh melakukan talfiq dengan memilih-milih ajaran yang berasal daripada Mazhab Syi‘ah. Ini kerana Mazhab Syi‘ah memiliki rujukan dan kaedah pengambilan hukum yang berlainan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
Dibolehkan mengikut Mazhab Ja’fari (Ja’far al-Siddiq[18]) kerana beliau adalah salah seorang tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan beliau bukan tergolongan di dalam Mazhab Syi‘ah sekalipun pihak Syi‘ah mendakwa yang sebaliknya. Namun perlu disemak bahawa rujukan kepada Mazhab Ja’fari benar-benar berasal daripada Ja’far al-Siddiq kerana banyak ajaran beliau yang telah diubah oleh pihak Syi‘ah.
^Kembali Ke Atas
| 12. Berusaha Menjauhkan Taqlid
[1] Ensiklopidi Islam: ‘Talfiq’.
[2] Ibn al-Munayyar (ابن المنير) membezakan antara umat Islam hidup sebelum para imam mazhab yang empat dan yang selepasnya. Beliau berkata, umat Islam sebelum para imam mazhab yang empat bebas mengikut mana-mana pendapat (mazhab) sahabat manakala yang hidup selepas para imam mazhab tidak lagi bebas – mereka harus mengikut satu mazhab tertentu sahaja. Hal ini dinukil oleh al-Zarkasyi di dalam al-Bahr al-Muhith, jld. 8, ms. 373. Pendapat Ibn al-Munayyar ini ditolak keras oleh al-Syaukani di dalam al-Sail al-Jarrar, jld. 1, ms. 22.
[3] Ensiklopidi Hukum Islam – Talfiq.
[4] Mazhab Tanpa Mazhab: Bid‘ah dalam Syari‘at Islam (edisi terjemahan oleh Gazira Abdi; Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2001), ms. 9 dengan beberapa suntingan bahasa daripada penulis untuk memudahkan kefahaman.
[5] Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama’ Salaf (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Mun’im; Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2003), ms. 118.
[6] Iaitu selain daripada mazhabnya. Ibn Tamiyyah menyebut “tempat” kerana pada zaman beliau sesuatu mazhab dibatasi kepada sesuatu tempat dan untuk mengetahui mazhab yang lain orang tersebut perlu berhijrah keluar dari tempatnya. Pada masa kini tidak perlu berhijrah kerana perkembangan ilmu dan medium penyampaian membolehkan pengkajian dari satu tempat sahaja.
[7] Yakni bagi orang yang mampu, wajib bagi dia mendalami ilmu-ilmu agama tanpa terbatas kepada mazhabnya sahaja. Ini kerana menuntut ilmu adalah wajib hukumnya sebagaimana perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.” [Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami’ al-Shagheir – no: 3913].
[8] Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 208-209.
[9] Shari‘ah: The Islamic Law – Shari’ah in The 15th Century of Hijrah: Need for the Modern Islamic Society, ms. 470-471.
[10] Iaitu seseorang itu hanya boleh taksub kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bukan kepada sesama manusia lain walau setinggi mana sekalipun kemasyhurannya.
[11] Fatwa Ibn Taimiyyah yang keras ini adalah kerana orang yang taksub kepada mazhab sehingga mewajibkan ikutan kepada satu mazhab dan mengharamkan mazhab lain, amat cenderung kepada perbuatan memecah-belahkan umat kepada berpuak-puak. Perbuatan sebegini amat dicela oleh Allah sebagaimana di dalam surah al-Rum 30, ayat 31-32.
[12] Hukum wajib khas kepada seorang Muslim yang tidak berkemampuan dari sudut kecerdasan akal atau kemudahan fizikal untuk mendalami dan mengkaji ilmu-ilmu agama. Bagi orang yang berkemampuan, mereka tidak boleh sekadar menjadi pengikut tetapi wajib mendalami dan mengkaji ilmu-ilmu agama. Lihat perbicaraan ini dalam bab seterusnya. - Penulis.
[13] Majmu’ al-Fatawa, jld. 22, ms. 248-249.
[14] Al-Rafidhah ialah salah satu aliran di dalam Syi‘ah yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar.
[15] Khawarij ialah salah satu aliran yang timbul semasa Perang Siffin dan Jamal selepas pembunuhan ‘Utsman radhiallahu ‘anh.
[16] Sahih: Hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa‘i dan Ibn Majah, lihat Shahih Muslim – no: 411 (Kitab Solat, Bab Makmum mengikuti imam).
[17] Majmu’ al-Fatawa, jld. 22, ms. 252-254.
[18] Beliau ialah al-Imam al-Mujtahid Ja’far bin Muhammad bin ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum. Beliau dilahirkan di Madinah pada 17 Rabi’ al-Awwal tahun 83H dan merupakan seorang ahli hadis, ahli tafsir, ahli fiqh dan pelbagai lagi ilmu-ilmu Islam. Pendapat-pendapat beliau dihimpun dan dikenali sebagai Fiqh Mazhab Ja’fari. Meninggal dunia pada 25 Syawal tahun 148H di Madinah juga.

Adakah Seruan "Kembali Kepada Al-Qur'an Dan Al-Sunnah" Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab ?
Adakah Seruan
"Kembali Kepada Al-Qur'an Dan Al-Sunnah"
Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab ?
Mutakhir ini kita sering kali mendengar seruan: “Kembalilah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” atau “Pegangan kita hanyalah al-Qur’an dan al-Sunnah”. Adakah dengan seruan ini bererti meninggalkan ajaran para imam mazhab ?
Jawapannya tidak. Kesemua ajaran para imam mazhab adalah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Begitu juga dengan pengeluaran hukum berdasarkan kaedah ijma’ dan qiyas, ia tetap berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Maksud sebenar seruan “Kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” ialah meninggalkan ajaran seseorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ajaran yang ditinggalkan itu juga hanya berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukannya keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.
Berikut dikemukakan satu contoh.
al-Syafi‘e berpendapat membasuh muka ketika berwudhu’ adalah wajib manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah sunat. Ini kerana ayat yang memerintah wudhu’ hanya menyebut “membasuh muka” tanpa menyebut berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[1] Ayat yang dimaksudkan ialah:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangah kamu hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali. [al-Maidah 5:06].
Berkata al-Syafi‘e rahimahullah berkenaan ayat di atas:
Aku tidak mengetahui bahawa berkumur-kumur air di mulut dan memasukkan air ke hidung atas orang yang berwudhu itu adalah fardhu (wajib). Dan aku tidak mengetahui ada perselisihan bahawa orang yang berwudhu jika meninggalkan kedua yang tadi dengan sengaja atau lupa dan mengerjakan solat, bahawa tidak dihitung (tidak dikira sah) solatnya.[2]
Akan tetapi para mujtahid selepas al-Syafi‘e berpendapat berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah wajib hukumnya. Ini kerana mulut dan hidung termasuk bahagian muka. Lebih dari itu jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam berwudhu’, beliau sentiasa berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya. Perbuatan baginda ini memperincikan keumuman maksud “muka” di dalam ayat ke 6 surah al-Maidah di atas.
al-Syaukani rahimahullah menerangkan:
Saya berkata, pendapat yang mengatakan ia (berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung) adalah wajib merupakan pendapat yang benar. Ini kerana Allah Subhanahu telah memerintahkan di dalam kitabnya yang agung (al-Qur’an) untuk membasuh muka manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung termasuk bahagian muka. Dan sungguh telah jelas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam secara berterusan melakukan yang sedemikian di dalam setiap wudhu’nya dan ini diriwayatkan oleh semua perawi yang menjelaskan sifat wudhu’ baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ini menerangkan bahawa termasuk bersama perintah al-Qur’an untuk membasuh muka ialah berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[3]
Antara hadis-hadis yang dimaksudkan ialah:
Pertama:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Apabila salah seorang antara kamu berwudhu’, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya keluar. [4]
Kedua:
‘Ali (bin Abi Talib radhiallahu ‘anh), bahawasanya dia meminta air wudhu’, kemudian dia berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung lalu menghembuskan air itu keluar dengan tangan kirinya, dia berbuat demikian tiga kali. Kemudian dia berkata: “Inilah cara berwudhu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” [5]
Ketiga:
‘Utsman ibn ‘Affan radhiallahu ‘anh, pernah meminta bekas air lalu dia menuangkannya ke atas dua tapak tangannya tiga kali kemudian membasuhnya; kemudian memasukkan tangan kanannya dalam bekas air lalu dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung……… Apabila selesai Uthman berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwudhu’ seperti ini – dan wudhu’nya ialah seperti ini…”[6]
Keempat:
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami berkumur-kumur dan menghisap air ke dalam hidung.[7]
Oleh itu pendapat yang lebih tepat ialah wajib hukumnya berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung ketika berwudhu’.[8]
Demikian satu contoh meninggalkan ajaran seorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Sekali lagi diulangi bahawa yang ditinggalkan hanya ajaran berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukan meninggalkan keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.
^Kembali Ke Atas
| 11. Memilih-milih Antara Mazhab.
[1] Wahbah al-Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, jld. 1, ms. 222-223.
[2] al-Umm (edisi terjemahan oleh Ismail Yaakub; Victorie Agencie, K.Lumpur 1989), jld. 1, ms. 69.
[3] Sebahagian daripada kata-kata al-Syaukani di dalam al-Sail al-Jarrar (ed: M. Ibrahim Zayid; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1405H), jld. 1, ms. 81.
[4] Sahih: Hadis riwayat Malik, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’i, lihat Shahih Muslim – no: 237 (Kitab Thaharah, Bab menghirup air ke dalam hidung ……).
[5] Sanad Sahih: Hadis riwayat al-Nasa’i, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasa’i – no: 091 (Kitab Thaharah, Bab tangan yang mana untuk menghirup air ke dalam hidung).
al-Imam al-Nasa’i berasal dari Nasa, Parsi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman Ahmad bin Syu‘aib, lahir pada 215H/830M. Minat beliau kepada ilmu hadis bermula sejak kecil dan beliau telah merantau ke banyak wilayah Islam untuk meriwayatkan hadis. al-Nasai meninggal dunia di Damsyik, Syria pada 303H/915M.
[6] Sahih: Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim Abu Daud dan al-Nasa’i, lihat Shahih al-Bukhari – no:160 (Kitab Wudhu’, Bab berwudhu; tiga kali-tiga kali).
[7] _ _ _: Hadis riwayat al-Daruquthni dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Di dalam sanadnya terdapat perbincangan. Lebih lanjut lihat penerangan ‘Adil Ahmad dan ‘Ali Muhammad di dalam penelitian mereka (tahqiq) ke atas kitab Sunan al-Daruquthni, jld. 1, ms. 288-289.
Syaikh ‘Adil Ahmad bin ‘Abd al-Maujud dan Syaikh ‘Ali Muhammad bin Mu‘awwad ialah dua orang peneliti (muhaqqiq) yang terkenal di mana kini. Mereka telah membukukan belasan buah kitab daripada edisi manuskrip yang asal kemudian diberi pelbagai catitan tambahan yang bermanfaat. Sebelum ini usaha mereka banyak ditumpukan kepada kitab fiqh dan kini mereka menceburi bidang hadis pula. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan yang berterusan untuk berkhidmat kepada ilmu-ilmu Islam.
[8] al-Syaukani – Nail al-Authar (edisi terjemahan oleh Hadimulyo & Kathur Suhardi; CV Asy Shifa’ , Semarang 1994), jld. 1, ms. 306-312; Muhammad bin Ismail al-Shan‘ani – Subul al-Salam, jld. 1, ms. 106 dan Hasbi al-Shiddieqie - Koleksi Hadis-hadis Hukum (Yayasan TM Hasbi Ash Shiddieqie, Jakarta 1993), jld. 1, ms. 233-238.

Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam

Flowchart: Document: Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka.
Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam.
Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur:
Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.[1]
Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi‘e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi‘e.
Wasiat al-Syafi‘e
Pertama: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.[2]
Kedua: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.[3]
Ketiga: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.[4]
Keempat: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Flowchart: Document: Wasiat para imam maz-hab ini adalah benar akan tetapi perlaksana-annya tidaklah semudah yang disangkakan. Sese-orang itu tidak boleh menghukum imam maz-hab sebagai silap sema-ta-mata kerana satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya.Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[5]
Kelima: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Pertama, sesuatu berita itu daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima. Kedua, berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan walaupun tiada di antara imam-imam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatu daripada hadis tersebut.
Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa jika tindakan salah seorang imam itu bertentangan dengan hadis daripada Nabi maka tindakan imam itu haruslah ditinggalkan dan diganti dengan petunjuk yang berasal daripada hadis Nabi.
Di samping itu, suatu hadis yang diyakini sah daripada Nabi adalah tegas dengan sendirinya tanpa memerlukan konformasi daripada tindakan seseorang lain selepas beliau.[6]
Keenam: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan.
Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya.[7]
Wasiat Abu Hanifah
Berkata Abu Hanifah rahimahullah:
Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.[8]
Wasiat di atas diulas oleh al-Syuhnah di dalam kitabnya Syarh al-Hidayah:
Apabila sesuatu hadis itu sahih manakala ianya bertentangan pula dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadis tersebut. Demikian itu adalah Mazhab Abu Hanifah dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar dari kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadis tersebut.
Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.[9]
Wasiat Malik bin Anas
Pertama: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[10]
Kedua: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:
Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[11]
Wasiat Ahmad bin Hanbal
Pertama: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[12]
Kedua: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[13]
Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukannya ajaran mereka.
Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah merumuskan:
Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.
Flowchart: Document: Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam maz-hab itu sendiri berpesan sedemikian.Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Dan adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi pesuruh Allah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.
Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.[14]
al-Sya'rani rahimahullah berkata:
Flowchart: Document: Apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedu-dukan imam ikutan seseorang itu ke-rana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan si-lapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati berten-tangan dengan ajaran Nabi.Kita meyakini seandainya para imam mujtahid (para imam mazhab) tersebut semasa hidupnya mengetahui kesahihan hadis-hadis yang tidak mereka pergunakan dan baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mereka, tentu mereka akan mempergunakan hadis-hadis tersebut dan mengamalkannya. Kemudian mereka akan menghindari qiyas yang telah mereka lakukan dan meralat (membetulkan) semula pendapat yang telah mereka cetuskan terdahulu …… Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam mazhab itu sendiri berpesan sedemikian. [15]
Berkata al-Albani rahimahullah setelah mengemukakan wasiat-wasiat di atas:
Kenyataan tersebut menggambarkan ketinggian ilmu dan ketaqwaan para imam tersebut, di mana melalui perkataan seperti di atas mereka menegaskan bahawa mereka tidaklah menguasai sunnah keseluruhannya.
Kadang-kala terhasil daripada mereka ini (para imam mazhab) beberapa perkara yang menyalahi sunnah yang tidak kesampaian kepada mereka. Apabila mereka mengetahui akan sunnah tersebut, mereka memerintahkan kita agar berpegang teguh dengannya dan menjadikannya sebagai mazhab mereka. Semoga Allah memberi Rahmat kepada mereka semua.[16]
Catitan Penting.
Wasiat-wasiat para imam mazhab di atas adalah benar akan tetapi perlaksanaannya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh mengubah ajaran mazhabnya atau menghukum imam mazhabnya sebagai tersilap semata-mata dengan satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Ini kerana sesuatu mazhab itu tidak terbina di atas satu atau dua hadis tetapi himpunan ribuan buah hadis. Himpunan hadis-hadis ini pula difahami dan ditetapkan kandungan hukumnya berdasarkan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu usul fiqh.
Oleh itu perlaksanaan wasiat-wasiat di atas tertakluk kepada beberapa syarat sebagaimana yang diulas oleh al-Nawawi rahimahullah:
Perkataan (wasiat) al-Syafi‘e tersebut tidaklah bermaksud bahawa setiap seseorang yang menemui hadis yang sahih berhak berkata “Inilah ajaran Mazhab al-Syafi‘e” dan beramal dengan zahir hadis tersebut. Sesungguhnya yang berhak berkata sedemikian hanyalah seseorang yang memiliki darjat berijtihad dalam mazhab, baik yang telah sampai kepadanya atau yang menghampirinya.
Dan disyaratkan bagi orang tersebut dengan keyakinan yang mengatasi dugaan bahawa al-Syafi‘e rahimahullah tidak membicarakan hadis tersebut atau tidak mengetahui akan kebenarannya. Dan ini hanyalah dapat dilakukan setelah ditelaah semua kitab al-Syafi‘e dan juga kitab para sahabatnya (tokoh-tokoh al-Syafi‘eyyah) yang diiktiraf atau apa yang setaraf dengannya.
Syarat-syarat ini adalah sulit dan hanya segelintir kecil yang mampu mencapainya. Sesungguhnya sebab kami menyebut syarat-syarat ini hanyalah kerana al-Syafi‘e rahimahullah, berdasarkan penilaian dan ilmunya, seringkali meninggalkan pengamalan zahir sebuah hadis kerana di sisi beliau terdapat dalil lain yang melemahkannya atau yang membatalkannya (nasakh) atau yang mengkhususkannya atau kerana ditakwilkannya atau kerana beberapa sebab yang lain.[17]
Di atas adalah syarat-syarat yang perlu diperhatikan sebelum seseorang itu mengubah mazhab imamnya. Adapun atas tujuan selain itu, seseorang boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang mujtahid. Asalkan dia mampu mengkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. al-Zarkasyi rahimahullah menulis:
Sesiapa yang (pada mulanya) bertaqlid[18] kepada sebahagian imam (mazhab) lalu kemudian darjatnya naik sedikit sehingga mampu memahami dan mengkaji dalil-dalil syari‘at , maka apabila dia menemui sebuah hadis yang dapat digunakan sebagai hujah dan hadis itu pula digunakan oleh sebahagian orang namun berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya, maka adakah dibolehkan dia berijtihad (dengan mengamalkan hadis tersebut dan meninggalkan pendapat imam mazhabnya) ?
…… Berkata Abu ‘Amr (Ibn al-Shalah): Dalam hal ini kami berpendapat, jika seseorang itu memiliki sarana untuk berijtihad secara mutlak atau (sekurang-kurangnya berijtihad) dalam sesebuah bab atau masalah tertentu, maka dibolehkan bagi dia beramal dengan hadis tersebut. (Juga dibolehkan) sekalipun jika dia tidak memiliki saranan untuk berijtihad secara sempurna dan wujud di hatinya keraguan terhadap hadis tersebut,[19] asalkan dia tidak mendapati hadis lain yang bertentangan dengan hadis yang ingin diamalkan itu. Jika terdapat seorang imam di luar mazhabnya yang beramal dengan hadis tersebut, maka dia boleh bermazhab kepadanya. Demikian merupakan alasan yang membolehkan dia meninggalkan pendapat imam mazhabnya (yang asal).[20]
Ibn Taimiyyah rahimahullah menguatkan lagi pendapat Ibn al-Shalah tentang tidak perlunya seseorang itu memiliki darjat mujtahid untuk beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya:
Flowchart: Document: Boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang dite-muinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang muj-tahid. Asalkan dia mampu me-ngkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh.Urusan ijtihad bukanlah suatu perkara yang tidak dapat menerima pemecahan dan pembahagian. Bahkan mungkin sahaja wujud seorang yang memiliki keahlian untuk berijtihad di dalam satu bidang ilmu atau bab atau permasalahan dan tidak di dalam bidang ilmu atau bab atau permasalahan yang lain. Oleh itu setiap seseorang boleh berijtihad mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Justeru sesiapa yang meneliti sesuatu permasalahan yang berselisih para ilmuan tentangnya lalu dia memperolehi beberapa nas (hujah) yang berada di luar nas-nas yang diperselisihan oleh kedua-dua pihak yang berbeza pendapat itu[21], maka bagi dia dua pilihan:
(Pertama), dia mengikut pendapat terakhir (terkuat dan termasyhur di dalam mazhabnya) dengan sebab ia adalah pendapat imam yang mazhabnya menjadi ikutan dia. Tindakan ini tidak memiliki hujah di dalam syari‘at[22] akan tetapi disebabkan kebiasaan yang ditentang oleh kebiasaan yang lain,[23] dia terikat kepada mengikut saja pendapat imam mazhabnya.
(Kedua), dia mengikut pendapat yang dikuatkannya berdasarkan penelitiannya terhadap nas-nas yang menjadi dalil ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, (hendaklah dipastikan bahawa) pendapatnya selari dengan pendapat salah seorang imam sekalipun ia berbeza dengan pendapat imam (yang menjadi ikutannya) dan nas-nas tersebut selamat daripada sebarang pertentangan dengan nas yang lain untuk diamalkan. (Jika dapat dipastikan dua hal ini) maka (beramal dengan pendapat yang dikuatkannya itu) merupakan satu tindakan yang salih (baik).[24]
Justeru orang yang belum mencapai darjat mujtahid sepenuhnya, apabila dia menemui hadis sahih yang pada zahir kelihatan berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa perkara yang penting:
1. Tidak boleh menggunakan hadis tersebut untuk mengubah ajaran mazhabnya.
2. Dia boleh mengamalkan hadis tersebut dengan syarat dia dapat memastikan tidak ada dalil yang menentangnya, sama ada dalam bentuk yang membatalkannya (nasikh & mansukh), mengkhususkannya (am & khas), membataskannya (mutlak & muqayyad) dan sebagainya.
3. Dengan hadis tersebut dia boleh meninggalkan pendapat mazhabnya dalam masalah yang berkaitan. Namun lebih afdal jika pengamalan hadis tersebut adalah selari dengan pendapat salah seorang imam atau tokoh ilmuan yang lain.
4. Dia juga boleh mengajar pengamalan hadis tersebut kepada orang ramai akan tetapi tidak boleh memaksa atau bertindak keras jika sebahagian mereka masih ingin mengikut pendapat mazhab masing-masing. Ini kerana orang ramai bebas memilih kepada siapa mereka hendak rujuk berdasarkan keyakinan masing-masing.
^Kembali Ke Atas
| 10. Adakah Seruan “Kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab ?
[1] Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.
[2] Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3.
al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.
[3] Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.
[4] Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.
[5] Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.
al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M
[6] al-Risalah, para 423, sub-para 3.
[7] al-Risalah, para 426.
[8] Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.
[9] Dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[10] Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.
Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M.
[11] Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 91.
[12] Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276.
al-Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy'ath al- Sijistan, lahir pada 202H/818M. Beliau sempat berguru kepada Ahmad bin Hanbal bersama al-Bukhari dan Muslim. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Abu Daud, mengandungi 4800 buah hadith dan sudahpun diterjemahkan. Selain itu beliau ada mengarang belasan buah kitab yang lain sebelum meninggal dunia pada 275H/889M di Basrah, Iraq.
[13] Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 149.
[14] al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ialah seorang tokoh besar di dalam bidang hadis dan fiqh bagi Mazhab Hanbali. Beliau yang nama sebenarnya Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad lahir pada 736H/1335M dan meninggal dunia pada 795H/1393M. Kata-katanya di atas dikutip oleh Salih al-Fulani (1218H/1804M) di dalam kitabnya Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil drpd The Prophet's Prayer Described, ms. xv oleh al-Albani.
[15] al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 98.
[16] The Prophet's Prayer Described, ms. viii.
[17] al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (ed: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 136. Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menggariskan 20 sebab dan kaedah di mana sesuatu hadis itu boleh ditinggalkan pengamalannya. Lihat risalah beliau berjudul Rof’ul Malam ‘an A’immat al-A’lam (رفع الملام عن الأئمة الأعلام) (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn.).
[18] Taqlid ialah mengikut pendapat seorang imam tanpa mengetahui alasan atau hujah di sebaliknya.
[19] Yakni keraguan kerana hadis tersebut berselisihan dengan pendapat imam mazhab yang diikutinya.
[20] Nukilan berpisah daripada al-Bahr al-Muhith (Dar al-Kitabiy, Beirut tp.thn.), jld. 8, ms. 343-344. al-Zarkasyi telah menukil beberapa pendapat, antaranya oleh al-Qarafi dan al-Nawawi yang meletakkan beberapa syarat ketat sebelum seseorang itu dapat mengubah mazhab seorang imam sesama-mata berdasarkan hadis sahih yang ditemuinya. Namun al-Zarkasyi juga menukil pendapat Ibn al-Shalah sepertimana di atas yang membolehkan orang perseorangan mengamalkan hadis sahih yang ditemuinya.
al-Zarkasyi, beliau ialah al-Imam Muhammad bin Bahadur bin ‘Abd Allah. Lahir di Kaherah pada tahun 745H/1344H, beliau merupakan seorang ahli usul fiqh yang ulung di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Meninggal dunia pada 794H/1392M.
al-Imam Ibn al-Shalah, beliau ialah ‘Utsman ibn ‘Abd al-Rahman Shalah al-Din, lahir di Sharkhan pada 577H/1181M. Beliau ialah seorang ahli hadis yang tersohor di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Kitabnya yang terkenal di dalam ilmu hadis, berjudul ‘Ulum al-Hadits menjadi rujukan semua 4 mazhab hingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia pada 643H/1245M.
[21] Yakni dia memperoleh dalil dan hujah yang dapat mengunggulkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedang diperselisihkan.
[22] Ini kerana kewajipan seseorang ialah mengikut dalil dan hujah yang diyakininya paling mendekati kebenaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam penjelasan seterusnya, Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa sekalipun pilihan yang pertama ini tidak memiliki dasar yang dibenarkan oleh syari‘at, ia tetap dibolehkan kerana orang tersebut tidak memiliki kelayakan yang secukupnya untuk berijtihad sepenuhnya. Ibn Taimiyyah menggelarnya sebagai satu “penurunan”, iaitu pelonggaran syarat. Pilihan pertama ini tidak dibolehkan jika seseorang itu memiliki kemampuan untuk berijtihad sepenuhnya.
[23] Yakni sudah menjadi kebiasaan dia dituntut mengikut mazhab asalnya sahaja. Jika dia meninggalkan mazhabnya, dia akan dikritik oleh masyarakat yang sudah biasa mengkritik orang yang meninggalkan mazhab asalnya.
[24] Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 212-213.

Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam
Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam
Daripada bab sebelumnya, jelas bahawa setiap individu Muslim wajib mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Walaubagaimanapun diakui bahawa tidak semua orang dapat merujuk terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza-beza yang secara umumnya dapat dibahagikan kepada 3 tahap:
Pertama: Mereka yang dapat mengkaji dan memahami secara terus nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah dan mampu mengeluarkan hukum daripadanya.
Kedua: Mereka yang tidak dapat mengkaji dan tidak mampu mengeluarkan hukum daripadanya.
Flowchart: Document: Tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari da-hulu ialah memudahkan umat Islam mencapai ketaatan ke-pada al-Qur’an dan al-Sun-nah. Setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’-an dan al-Sunnah, oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah.Ketiga: Mereka yang berada di pertengahan antara tahap pertama dan kedua di atas.
Bagi seorang yang berada di tahap yang pertama, dia dibolehkan merujuk secara terus kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah merupakan satu kesalahan bagi dia untuk menurut sahaja (taqlid buta) sesuatu mazhab kerana berbuat sedemikian bererti dia menderhakai kelebihan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya.
Sebaliknya bagi seorang yang berada di tahap kedua dan ketiga, bagi mereka diharuskan mengikut sesuatu mazhab fiqh Islam. Sememangnya inilah tujuan sebenar mazhab-mazhab Islam sejak dari dahulu, iaitu memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana setiap ajaran mazhab adalah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, oleh itu mengikuti mazhab bererti mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah.
Muhammad 'Awwamah menulis:
(Mazhab) Fiqh dari para fuqaha - Abu Hanifah dan ulama'-ulama' lainnya tentang berpuluh-puluh ribu permasalahan fiqh Islami adalah sebenarnya penafsiran terhadap sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukan merupakan unsur luar yang dimasukkan ke dalam Islam dan bukan pula hasil rekaan akal mereka yang tidak disandarkan kepada sumber asli syari‘at Islam.
Apabila kita berkata fiqh (atau mazhab) Abu Hanifah atau fiqh (mazhab) al-Syafi‘e …… maka maksud sebenar perkataan kita itu ialah “Pemahaman Abu Hanifah dan Pemahaman al-Syafi‘e.” Pemahaman terhadap
apa ? Tak lain adalah pemahaman mereka terhadap al-Qur'an dan Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Demikianlah kerana asal perkataan 'fiqh' di dalam bahasa Arab bererti 'pemahaman'.[1]
Mazhab-mazhab fiqh Islam berperanan sebagai jalan bagi membawa seorang Muslim itu kepada ketaatan terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan untuk mendekati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah secara terus. Ini sebagaimana terang al-Sya’rani rahimahullah:
Tujuan yang ingin dicapai oleh para imam mazhab ialah menjelaskan kepada manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis secara langsung.[2]
Demikian juga ulas Abu Ameenah Bilal Philips:
Melalui kajian peredaran sejarah, dapat kita ketahui bahawa Fiqh Islam dan mazhab-mazhabnya mempunyai hubung-kait yang erat antara satu sama lain dalam menyumbang kepada kefahaman kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sama ada secara umum mahupun khusus.
Hendaklah diakui bahawa kedua-dua fiqh Islam dan mazhab-mazhabnya diperlukan bagi menyokong sumber wahyu yang diturunkan, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah dalam menggariskan panduan-panduan bagi keseluruhan umat beribadat dan menjalani kehidupan duniawi.
Berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan yang dikurniakan Allah kepada umat-Nya terutama ulama’-ulama’, sumber al-Qur’an dan al-Sunnah dapat ditafsirkan dan diterjemahkan bagi memenuhi keperluan semua lapisan umat sezaman dan di sinilah dapat dilihat keutamaan fiqh dan mazhab dalam agama Islam.[3]
Namun dalam kita bermazhab, perlu diperhatikan beberapa batasnya. Pertama, ketaatan yang sebenar adalah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mazhab hanya berperanan memudahkan ketaatan tersebut, bukan menggantikannya.
Kedua, mengikuti mazhab bukanlah bererti membebaskan diri daripada sifat belajar dan mengkaji. Ini kerana menuntut ilmu merupakan salah satu kewajipan agama sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.[4] Oleh itu wajib belajar ajaran fiqh mazhab dengan mengkaji dalil-dalilnya dan membandingkannya dengan mazhab yang lain atau penelitian semula oleh tokoh terkemudian.
Hasan al-Banna rahimahullah menasihatkan:
Bagi setiap Muslim yang belum mencapai tingkat ‘mujtahid’ terhadap dalil-dalil umum syari‘at, diperbolehkan baginya untuk mengikut pendapat salah seorang imam agama (imam mazhab).
Namun sangat dianjurkan agar dia berusaha dengan segenap kemampuannya untuk mempelajari dalil-dalil yang dipergunakan oleh imam yang diikutinya dan tetap bersedia menerima kebenaran dari orang lain yang berhak mengemukakannya.
Selain itu dia harus berusaha menyempurnakan segala kekurangan ilmunya jika dia adalah seorang yang mampu melakukan hal itu sehingga akhirnya dia dapat mencapai kedudukan sebagai seorang mujtahid.[5]
Flowchart: Document: Bagi orang yang mampu meng-kaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah, me-reka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber me-luaskan skop kajian. Bagi orang yang tidak mampu, mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang memudahkan keta-atan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan yang perta-ma tidak boleh mengecam golo-ngan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.Mutakhir ini terdapat segelintir pihak yang menolak mazhab fiqh Islam dan melarang orang ramai daripada bermazhab. Golongan ini pernah ditegur oleh al-Sya’rani rahimahullah:
Janganlah anda menolak atau melemahkan pendapat salah seorang imam mujtahid (imam mazhab) hanya berdasarkan kefahaman anda yang dangkal terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah kerana pemahaman anda itu tidak lain hanyalah seperti angin yang berlalu jika dibandingkan dengan kefahaman para imam mujtahid.[6]
Senafas dengan teguran di atas ialah apa yang diperkatakan oleh Taha Jabir al-‘Alwani:
Hanya berdasarkan kepada pengkajian sebuah buku berkenaan ilmu Islam yang sekian luas ini, seseorang itu tidaklah dapat mengkategorikan dirinya sebagai seorang mujtahid, iaitu seseorang yang layak untuk mengeluarkan hukum dengan sendiri.[7]
Yusuf al-Qaradhawi mengulas lebih lanjut:
Pada abad kita sekarang ini ada orang-orang yang menyatakan diri mereka sebagai mujtahid dan mengajak orang-orang lain untuk turut menjadi mujtahid.
Mereka beranggapan mampu mengarah manusia kepada satu arah yang mereka buat dan menyatukan manusia ke dalam satu pendapat yang mereka anuti, sesuai dengan pemahaman mereka terhadap nas syari‘at. Dengan cara ini lenyaplah mazhab-mazhab yang ada dan hapuslah segala bentuk perbezaan pendapat sehingga semua orang bertemu dalam kalimat yang satu.
Tetapi mereka lupa bahawa pemahaman mereka terhadap nas, tidak lebih dari sekadar pendapat yang boleh mengandungi kesalahan atau kebenaran. Tidak ada seorang ulama’ yang maksum pendapatnya, sekalipun dia telah memenuhi segala syarat ijtihad. Dia hanya terjamin mendapat pahala atas ijtihadnya, sama ada benar atau salah.
Oleh kerana itu golongan ini hanya akan mewujudkan satu mazhab yang baru di samping mazhab-mazhab yang sedia ada. Selain itu dengan anehnya mereka mengecam para pengikut mazhab kerana bertaqlid kepada para imam mazhabnya padahal mereka sendiri menuntut orang ramai agar bertaqlid dan mengikut mereka !
Janganlah anda beranggapan bahawa saya menolak ajakan mereka untuk mengikuti nas atau mengecam ijtihad mereka dalam memahami nas. Hal ini adalah merupakan hak setiap Muslim yang telah memenuhi syarat-syarat ijtihad. Tidak seorangpun yang punya hak untuk pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk umatnya.
Apa yang saya tolak adalah kesombongan mereka (golongan anti mazhab) terhadap metodologi para ulama’ umat, sikap mereka yang melecehkan warisan fiqh, tuntutan mereka bahawa mereka sahaja yang paling benar sedangkan orang lain adalah keliru, serta anggapan bahawa mereka mampu menghapuskan perbezaan pendapat dan menyatukan semua orang ke dalam satu pendapat, iaitu pendapat mereka sendiri.[8]
Oleh itu yang benar mazhab-mazhab fiqh Islam memiliki kepentingan kepada umat Islam, hanya tahapnya yang berbeza-beza. Bagi orang yang mampu mengkaji secara terus kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah, mereka tidak memerlukan mazhab melainkan sekadar sumber meluaskan skop kajian. Bagi orang yang tidak mampu, mereka memerlukan mazhab sebagai jalan yang memudahkan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Golongan yang pertama tidak boleh mengecam golongan yang kedua dan begitulah juga sebaliknya.
^Kembali Ke Atas
| 9. Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam
[1] Melacak Akar Perbedaan Mazhab: Pengaruh Penggunaan Hadis Terhadap Perbedaan Pendapat Di Kalangan Ulama Fiqh (edisi terjemahan oleh Zarkasyi Hasan; Pustaka Hidayah, Jakarta 1997), ms. 68.
Syaikh Muhammad 'Awwamah, ialah seorang tokoh ilmuan yang berpusat di Institusi pendidikan Syari‘at Islam, Aleppo (Halab), Syria.
[2] al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 92.
[3] The Evolution of Fiqh, ms. 117.
[4] Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami’ al-Shagheir – no: 3913.
[5] Hasan al-Banna – Risalah al-Ta’alim sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Qaradhawi di dalam Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 206.
Syaikh Hasan al-Banna lahir di Mesir pada 1323H/1906M. Beliau ialah seorang tokoh pergerakan dan pembaharuan Islam yang pengaruhnya dirasai oleh seluruh dunia. Bernaungkan prinsip al-Qur'an dan as-Sunnah, al-Banna memulakan gerakan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) yang antara lain berusaha untuk menghapuskan permisahan antara politik dan agama (secularism), memupuk semangat kehidupan Islam yang sebenar, menghindari perselisihan dan perpecahan umat dan memodenkan semula umat berdasarkan Islam. Perjuangannya meliputi aspek moral, sosial, pendidikan, wanita, ekonomi, sains dan politik. Walaubagaimanapun perjuangan beliau tidak lama kerana pada usia muda 43 tahun nyawanya ditamatkan melalui tembusan peluru, dipercayai berpunca dari tembakan anggota perisik pemerintah.
[6] al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 33.
[7] al-‘Alwani – The Ethics of Disagreement in Islam, ms. 119.
[8] Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 204-205.

Perintah Allah Mentaati Al-Qur'an Dan Rasul-Nya

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.[1] Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]
Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman-Nya:
Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]
Persoalan keimanan sekali lagi dihubung-kaitkan dengan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]
Dalam ayat di atas kita dapati Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama’ dan pemimpin negara. Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah. Ini tidak lain membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.
Hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran Syurga sebagaimana janji Allah:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].
Mereka yang taat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan bergembira di dalam Syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat berikut:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].
Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya:
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat. [‘Ali Imran 3:132].
Dengan mengikuti dan mencontohi sunnah Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kita akan memperolehi keampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” [‘Ali Imran 3:31].
Dengan mentaati dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita juga dijanjikan hidayah petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk. [al-Nur 24:54].
Dengan mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah dengan sebenar-benar taat dan ikhlas, seseorang muslim itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya:
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. [al-Nur 24:51-52]
Dalam memberikan perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk mentaati-Nya dan Rasul-Nya, yakni al-Qur’an dan al-Sunnah, Allah ‘Azza wa Jalla juga memberikan amaran serta ancaman keras kepada sesiapa yang enggan melakukan sedemikian. Antara amaran tersebut ialah firman-Nya:
Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36].
Allah ‘Azza wa Jalla juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akan menjadi batal. Amaran Allah dalam al-Qur’an:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! [Muhammad 47:33].
Allah Ta‘ala juga mengingatkan umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya dengan amaran:
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63].
Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada mereka yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah dengan:
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115].
Demikianlah peritnya azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang enggan mentaati ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Di kalangan umat Islam ada yang keterlaluan dalam mentaati ajaran mazhab sehingga mereka membelakangkan ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Sikap seperti ini dikenali sebagai Syirik fi Tawhid al-Ittiba’ yang bermaksud menyekutukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai penyumber syari‘at dengan sesuatu yang lain.[2] Ini kerana ketaatan dalam hal syari‘at hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Apabila seorang manusia menjadikan manusia yang lain sebagai sumber syari‘at Islam yang ditaatinya, maka dia telah menjadikan sesuatu yang lain setaraf dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Yusuf al-Qaradhawi berkata:
Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas …… Tindakan (mentaati ajaran mazhab) bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah …… sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah.[3]
Mentaati ajaran mazhab sehingga membelakangkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah adalah juga merupakan suatu perbuatan yang membatalkan iman seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [ al-Nisa’ 4:65]
Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang Muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.[4]
Justeru itu kita sering dapati para imam mazhab yang empat sentiasa berpesan kepada umat Islam agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab dan ajaran mereka. Para imam mazhab juga berpesan agar ditinggalkan mana-mana ajaran mereka yang tidak tepat atau tersalah berbanding dengan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Mereka juga berpesan agar mana-mana hadis yang tidak mereka temui atau keluarkan hukum daripadanya, maka hendaklah diambil hadis tersebut dan diamalkan. Mereka juga berpesan agar jangan mentaati atau mengikuti secara membuta terhadap ajaran-ajaran mereka. Ketaatan dan sifat ikutan membuta sedemikian hanyalah dibolehkan kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Nasihat, pesanan dan wasiat para imam mazhab ini akan dihuraikan di dalam salah satu bab yang akan datang, insya-Allah.
^Kembali Ke Atas
| 8. Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam
[1] Sunnah Rasulullah terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ialah apa yang membentuk hukum syari‘at seperti solat, puasa, perlaksanaan hukum jenayah dan sebagainya. Yang kedua ialah apa yang tidak membentuk hukum syari‘at terdiri daripada tingkah laku kebiasaan baginda sebagai manusia biasa seperti cara makan, cara berjalan dan sebagainya. Sunnah kategori kedua ini tidak wajib hukumnya, hanya dianjurkan mengikutinya sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda yang merupakan sebaik-baik contoh teladan.
[2] Bilal Philips – The Evolution of Fiqh, ms. 119.
[3] Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 192.
[4] al-Qur'an dan Tafsirnya, jld. 2, ms. 218-219 (usahasama Univ. Islam. Indonesia dan Dept Agama Rep. Indonesia, diketuai oleh Bustami A. Gani dan Hasbi al-Shiddieqie).